Artical

Anak ‘buang’ bapa di pusat dialisis Perlis(Utusan Malaysia)

15/01/2010 4:39pm

 

KANGAR 15 Jan. – Seorang lelaki berusia 60 tahun yang menghidap sakit buah pinggang mengadu ditinggalkan oleh anaknya di sebuah pusat haemodialisis di sini semalam tanpa dijemput pulang selepas menjalani rawatan.

Lelaki yang berasal dari Kodiang, Kedah itu menunggu untuk dijemput oleh anaknya selepas selesai rawatan, tetapi sehingga pusat tersebut menutup operasinya lewat petang, tiada siapa yang datang menjemputnya.

Kerana bimbangkan keselamatan lelaki itu, kakitangan pusat haemodialisis berkenaan telah menghubungi anaknya tetapi anak tersebut tidak datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika ditemui pemberita hari ini berkata, hasil temu bual mendapati lelaki itu menerima rawatan di pusat itu setiap tiga minggu dengan dibiayai seorang anak perempuannya.

Lelaki itu juga dikatakan pernah kecil hati terhadap tindakan tertentu anaknya sebelum ini dan mahu ditempatkan di rumah kebajikan.

——————————————————————————————————————————–

Adakah anda bersedia dengan hari tua Anda,,  mengharap ehsan dari anak atau membuat perancangan PERSARAAN..sosial ekonomi sangat berbeza pada masa sekarang..inilah adalah masalah kewangan yang di hadapi oleh orang melayu..iaitu masalah kewangan pada umur PERSARAAN..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: